Tengah Bosan Ke?

Meja semak boleh jadi penghalang kamu nak buat kerja dengan lancar ya. Pic credit: Allie Kircher

Meja semak boleh jadi penghalang kamu nak buat kerja dengan lancar ya.

Biasa tak tengah buat sesuatu dan tiba-tiba macam idea tu tandus atau hilang. Rasa malas pun mulalah menyelubungi diri. Dah kenapa ni?? Nak browse laman media sosial tak kena gaya pula sebab waktu bekerja ni, dan Cosmo tak galakkan apatah lagi kerja kamu tak siap lagi tu…

This may be useful, cara nak get going with your job tanpa nampak mengelat.

1. Kamu boleh browse, tapi apa kata buka album gambar dalam telefon bimbit kamu. Going through gambar lama boleh mencetus idea atau inspirasi untuk kamu teruskan kerja. Contohnya, terlihat OOTD dua tahun dulu buat kamu rasa erks, bolehlah tulis a no-no story about it, contohnya….

2. Mengudap. Sekali sekala, coklat dan jajan dibenarkan tapi pilihan paling baik adalah buah siap potong siap ada asamboi, takpun dicecah kuah rojak Mak Bee. Peggh!

3. Untuk yang boleh, pergi solat. Kena air wudhu’ seround dan dah solat akan buat kamu ekstra fresh.

4. Senaman mini. Menggeliat pun boleh juga. Takpun, jalan sekejap di sekitar pejabat. Kalau nak singgah say Hi pada staff baru yang handsome pun apa salahnya, tapi janganlah sampai sejam pula.

5. Meja bersepah seperti gambar di atas tu? Alang-alang tengah tiada idea nak sambung kerja, apa kata kemas meja tu. Kemas meja pejabat tidak dikira mengelat ya, kerja juga tu.

6. Baca Cosmo, sudah tentu! Ada pelbagai kisah menarik dalam Cosmo Mac dengan Nabila Huda menghiasi muka depannya. Asyik teringat ex-bf sampai tak boleh buat kerja? Ada rencana Dating khas untuk mereka yang sedang cuba lupakan atau mengendalikan putus cinta. Takpun, inspirasi solekan terbaru khas untuk wanita Asia. Dan apakah ejakulasi pramatang? Ada dalam Cosmo terbaru ini ya. Lepas baca dan ‘direndam’ dengan informasi baru, mungkin kamu akan lebih cergas nak sambung kerja selepas ini.

Selamat mencuba!

xoxo,

Anida, Features Editor

Foto: Allie Kircher

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Advertisements
%d bloggers like this: