Breakfast for champion!

Image

Walaupun penting, masih ramai yang selalu melupakan sarapan pagi! Dan tahukah kamu, sarapan adalah perkara paling penting untuk kamu lakukan setiap hari sebelum memulakan apa saja perkerjaan. Namun sebelum itu, lupakan lah nasi goreng, roti canai, nasi lemak atau apa saja makanan yang boleh menambahkan berat badan badan kamu! (okay, kalau sekali-sekala boleh…). Cara terbaik adalah dengan mengikuti resepi yang dikongsi *Lauren Conrad (cover girl Cosmopolitan US, Jan 2014) ini.

1. Telur Sunny Side Up, Bayam dan Cendawan

“Kombo sayuran dan telur ini memberikan segala-gala yang diperlukan badan pada waktu pagi. Roti akan mengenyangkan perut sampai waktu lunch dan protein daripada telur membekalkan tenaga. Bayam pula kaya dengan nutrien. Sesuai untuk memulakan hari kamu.”

2. Plain Greek Yogurt, Blueberries dan taburan serbuk kulit kayu manis (cinnamon)

“Buat ‘sweet tooth’ di luar sana, ini makanan untuk kamu. Kamu bakal memperoleh protein dan rangsangan pro-biotik daripada Greek yogurt dan anti-oksidan daripada blueberries. Dan cinnamon adalah pengganti madu atau gula yang baik kerana ia rendah kalori.”

3. Strawberi dan Mentega Kacang (peanut butter)

“Walaupun ringkas, sarapan bertenaga ini cukup lazat dan mengenyangkan. Peanut butter pada roti antara snek ‘go-to’ saya. Pada masa yang sama, strawberi kaya dengan Vitamin C dan membantu merangsang sistem imunisasi.”

4. Telur Sunny Side-Up, Avokado dan Chili Flakes

“Saya cukup ‘ketagih’ dengan avakado dan resepi inilah yang paling saya suka. Senang je, hanya sapu avokado pada roti, taburkan chili flakes dan letak telur atasnya. Avakado membekalkan badan dengan lemak sihat yang akan membuatkan rambut kamu berkilat dan kulit bersinar. Manakala cili merangsang metabolisme badan. ”

Kesemua resepi ini sesuai buat kamu yang ‘vegetarian’ dan boleh memberikan tenaga sehingga waktu makan tengahari. Sesuai untuk snek waktu pagi atau tengahari dengan salad sebagai tambahan.

Live healthy and eat moderately!

Your’s truly

J.H (The Dep Ed)

*source: Refinery29

Advertisements
Tagged , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Advertisements
%d bloggers like this: