Bankrap… Oh, No!

Hello Cosmoholic! Adakah kamu ada teman yang berdepan masalah nyaris bankrap? Ataupun kamu sendiri sedang berdepan dengannya? Cosmo Investigates edisi Disember 2013 mengupas isu ini. Dan kamu juga boleh menyemak tips berikut untuk ketahui sama ada kamu nyaris bankrap, siapa yang boleh mengisytiharkan kamu bankrap dan bagaimana cara mengatasinya.
Bagaimana saya boleh diisytiharkan bankrap?
Kamu hanya boleh diisytiharkan bankrap melalui Perintah Mahkamah. Terdapat dua kaedah di mana perintah muflisdiberikan iaitu sama ada melalui permohonan daripada pemiutang atau kamu sendiri secara sukarela mendapatkan perintah membankrapkan diri sendiri.
Bagaimana saya boleh menyemak status bankrap? Berapakah caj yang dikenakan?
– Boleh membuat semakan melalui kaunter carian di pejabat kami (who’s office again?)  di Ibu Pejabat.
– Boleh membuat semakan melalui laman web
www. Insolvensi.gov.my . atau melalui myeg.com.my.
Apakah prosedur yang perlu diikuti oleh seseorang apabila dia telah diisytiharkan bankrap?
Apabila seseorang telah dihukum bankrap oleh mahkamah, dia mesti hadir ke cawangan yang mentadbir kes kebankrapan MdI. Cawangan yang mentadbir kes bankrap biasanya adalah salah satu yang terdekat kepada Mahkamah Tinggi yang mana perintah kebankrapan telah dibuat. Apabila dia menghadiri cawangan, dia diperlukan di bawah undang-undang kebankrapan untuk memberikan butir-butir dalam sesi pertanyaan awal, antara lain butiran mengenai nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat kediaman, ahli keluarga dan sebab-sebab kebankrapan. Kamu juga akan dikehendaki untuk memfailkan Penyata Hal Ehwal yang memerlukan beliau untuk mendedahkan aset dan liabiliti kepada KPI.
Bagaimana seorang yang telah bankrap boleh bebas daripada status itu? 
Terdapat tiga cara untuk menamatkan status iaitu:
(a) Membuat permohonan pembatalan ke mahkamah dengan alasan hutang telah dijelaskan sepenuhnya / tidak sepatutnya diisytiharkan bankrap;

(b) Membuat permohonan pelepasan ke mahkamah pada bila-bila masa tertakluk kepada syarat yang dikenakan oleh mahkamah. MdI perlu mengemukakan laporan kes yang menyatakan kelakuan dan kerjasama bankrap kepada Jabatan;

(c) Membuat permohonan pelepasan kepada KPI untuk pelemasan melalui Sijil Ketua Pengarah Insolvensi di bawah Seksyen 33A Akta Kebankrapan 1967. Permohonan hanya boleh dibuat sekiranya pentadbiran kes kebankrapan telah dijalankan selama lima tahun selain memenuhi kriteria dan syarat-syarat yang lain.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Advertisements
%d bloggers like this: