Empat Perangai Lelaki Kamu Kena ‘Telan’

Asyik mengadap video game saja? Ada sebabnya... CREDIT: Eric McNatt/Merlin

Asyik mengadap video game saja? Ada sebabnya… CREDIT: Eric McNatt/Merlin

Memang rasa nak ‘meletup’, tapi ada sebab mereka sedemikian:

1. Tak Turunkan Penutup Tandas. Sesungguhnya suami kamu tu tak sengaja, dan sudah tentu dia takkan sengaja nak biarkan kamu terjatuh dalam lubang tandas itu. Mereka yang akan rugi kalau kamu marah padanya.

2. Kemaruk Permainan Video. Kalau kamu suka dandan rambut untuk relaks, si dia pilih permainan video untuk release segala tekanan. Maafkanlah dia.

3. Tak Reti Kemas Katil. Kalau kamu tak faham kenapa si dia tak pandai kemas katil sehebat kamu, suami lagi tak faham kenapa kamu perlukan lima bantal dalam saiz berbeza di atas katil itu.

4. Koleksi Mainan Mereka. Kamu ada 10 jenis rangkaian pencerahan untuk jaga wajah. Lelaki pula sanggup belanja besar untuk ‘cantikkan’ lagi sistem stereo di rumah. Adil, bukan?

xoxo,

Anida, Features Editor

Advertisements

Jerebu & Jaga Kidney, Kaitannya?

A glass of water to start your day, keeps the doctor away!

A glass of water to start your day, keeps the doctor away!

Lain macam sungguh keadaan cuaca hari ini. Jerebu memang dah dikesan beberapa minggu, tapi Cosmo percaya, kamu di Lembah Klang pun perasan keadaan jerebu lebih teruk hari ini. Selain memakai topeng bila keluar daripada bangunan, pastikan kamu minum banyak air to keep yourself hydrated okey.

Manfaat rajin minum air juga dapat membantu buah pinggang kamu memproses bahan toksin sebelum ia dikeluarkan daripada tubuh. Bayangkanlah kereta yang tak cukup petrol, bagaimana ia nak bergerak lancar? Begitulah tubuh jika tak mencukupi air, sudah tentu semua enjinnya jadi celaru.

So, bersempena Hari Buah Pinggang Sedunia ke-9 yang kebetulan jatuh hari ini, mulakan tabiat baru dengan segelas air. Kempen yang dianjurkan bersama antara International Society of Nephrology (ISN) dan International Federation of Kidney Foundations (IFKF) diadakan menyedari ramalan yang pesakit Chronic Kidney Disease (CKD) akan meningkat 17 peratus sedekad akan datang.

FAKTA BUAH PINGGANG MENARIK:

* Ia juga jadi tua, seperti kamu. Satu daripada 10 orang ada some degree of CKD. Walaupun boleh berlaku pada mana-mana peringkat usia tapi risikonya lebih tinggi as you age, terutama kalau mengidap diabetes, tekanan darah tinggi dan sakit jantung.

Tunjukkan sokongan kamu, mulakan hari dengan meminum segelas air, untuk kesihatan buah pinggangmu. Take good care!

xoxo,

Anida, Features Editor

Ikal Mayang 2014

Tanggal Mac 8 setiap tahun merupakan Hari Wanita Sedunia. Bersempena dengan itu Ikal Mayang menerbitkan lebih dari 10 buah filem pendek yang diinspirasikan dari dunia wanita sebenar.

Menariknya tahun ini, terdapat filem pendek  dari pengarah jemputan dari enam negara luar yang bertemakan Unspoken Truths/Terpendam: Biar Pecah di Perut, Jangan Pecah di Mulut. Berikut senarai filem tersebut:

  • Steel In Love – Niramon Ross (Thailand)
  • Shotgun Tuding- Shireen Seno (Filipina)
  • Not Yellow Enough – A D Chan (Singapura)
  • Mentari – Siti kamaluddin (Brunei)
  • Kebaya Pengantin- Nia Dinata (Indonesia)
  • Forgotten- Datin Paduka Suhaimi Baba (Malaysia).

Regional Directors [BM]

Tidak ketinggalan filem pendek (berdurasi 2 minit) dari pengarah tempatan yang bertemakan Ceritamu Harapan Esok. Berikut adalah senarai 10 filem dari pengarah Malaysia bersama trailer filem pendek mereka:

This Could Be Wat

  • This could Be War –  Leia Surin Aljoffery

You're a Young Woman Now

  • You’re A Young Woman Now – Sharyn Lisa Shufiyan

Molly

  • Molly – Elza Irdalynna

Kuih

  • Kuih – Soefira Jaafar

Make Your Day

  • Make Your Day – Melissa Indot

NA

  • N/A –  Ineza Roussilile

Khalilah

  • Khalilah – Junad M.Nor

A Girl is Half

  • A Girl Is Half – Deborah  Henry

Haus

  • Haus, Nora Nabila

Renungan

  • Renungan – Eja

Nantikan status update kami di Facebook Cosmopolitan Malaysia untuk tonton filem-filem pendek ini.

Selamat menonton dan fahami maksud tersirat setiap filem pendek ini!

XOXO,

Ain mahthir

Kasut Tour Miley

Tour Bangerz oleh Miley Cyrus telah bermula di Vancouver pada 14 February lepas. Jelajah ini akan bergerak ke Canada, US dan Eropah bagi mempromosi album terbarunya, Bangerz. Yang menariknya, pereka kasut terkenal dari Itali, Giuseppe Zanotti telah menyumbangkan 7 rekaan kasut khas buat jelajah ini. Rekaan eksklusif ini merangkumi kesemua elemen yang menjadikan kasut-kasut ini amat menarik buat Miley dan jelajahnya. Karakter, material, ketinggian, struktur, warna dan perincian kesemuanya unik dan istimewa buat The Bangerz Tour.

 Miley_F

Norasyikin Abd Wahid

Fashion Stylist – Cosmopolitan

Tagged , ,

Jaga Baju, Jaga Environment!

Beberapa kajian telah menunjukkan kita sebenarnya terlalu kerap membasuh pakaian daripada kekerapan yang sepatutnya. Dengan mengurangkan kerja laundry, kita boleh kurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar dan iklim sebanyak 30%! Jika kamu ke website clevercare.info,, kamu akan dapati banyak tip untuk kerja laundrymu menjadi efektif, efisien, dan seterusnya enviromental friendly.

H&M turut bersama dalam membantu meningkatkan tahap kesedaran tentang rutin harian ini dengan memperkenalkan logo baru pada label penjagaan pakaian yang terdapat pada setiap baju agar pengguna lebih peka dengan cara penjagaan pakaian yang betul dan eco friendly.

Jika kita ikut tips dan cara penjagaan yang betul, bukan saja dapat selamatkan bumi kita, malah dompet kita juga lebih selamat! Cosmo dan Clevercare.info kongsi beberapa tips buat laundry cara hijau:

  • Jangan terlalu kedekut nak guna bahan pembersih kerana ini boleh menyebabkan baju putih menjadi kekuningan atau kelabu dan baju berwarna jadi pudar. Tapi, jangan pula terlalu melebih kerana bahan pembersih yang terlebih dan tak larut sepenuhnya dalam air cucian akan beri kesan tak elok pada persekitaran.
  • Yang terbaik semestinya dengan mengeringkan baju menggunakan angin dan cahaya semulajadi, tapi jika kamu perlu gunakan dryer, spin-dry cucian pada tahan kelajuan tertinggi dan paling lama dalam mesin basuh kerana makin kurang air pada cucian, makin kuranglah tenaga dan masa diperlukan mesin pengering.
  • Jika kamu keringkan baju dengan menjemur, sekaligus kamu boleh jimatkan tenaga untuk menggosok pula. Kibas dan sangkut cucian sejurus selepas siap dicuci dan kamu boleh hilangkan kedutan minimal dengan menggunakan wap. Jadi, bawa baju dan sangkut dalam toilet ketika kamu mandi air panas, mudan dan jimat!

Di bawah adalah gambar koleksi terbaru dari H&M yang dibuat dari material eco friendly seperti kapas. Koleksi ini hanya akan berada di butik H&M bermula April 2014.

Conscious 5

Conscious 4

Norasyikin Abd Wahid

Fashion Stylist – Cosmopolitan

Tagged , , , ,

Hentikan Dera, SEKARANG!

'Suara' mangsa penderaan menusuk kalbu.

‘Suara’ mangsa penderaan menusuk kalbu.

Tak bermaksud untuk ‘memendungkan’ Jumaat kamu, tapi isu serius membabitkan keganasan dalam rumah tangga perlu diberi lebih perhatian.

Justeru, sempena Hari Wanita Sedunia, Women’s Aid Organisation akan mengadakan kempen #NoExcuseForAbuse di beberapa lokasi strategik. Sertai sebagai tanda kamu menyokong kempen ini di Publika, bermula esok sehingga 17 Mac 2014. Satu pameran kesenian gantungan baju dengan ayat disulam padanya, mewakili suara mangsa dera.

Selain itu, kamu boleh ke Hero Market di Sri Damansara dan Kampung Baru, Puchong dari 22 ke 31 Mac 2014.

Kamu juga boleh tunjukkan tanda sokongan kamu di sosial media dengan melafazkan ikrar dan menggunakan hashtag #NoExcuseForAbuse.

Say no to abuse, dan jika kamu berdepan masalah ini atau ada teman yang sedang melaluinya, dapatkan bantuan segera di Women’s Aid Organisation menerusi talian bantuan 03-7956 3488 atau talian Nur 15999.

 

xoxo,

Anida, Features Editor

Jangan Lepaskan Peluang!

Bulan Mac ini ada tiga pementasan hebat yang kamu tidak patut lepaskan peluang. Antaranya ialah Festival Music Future Asia, Konsert Teaterikal Suara Kita dan The Mpo Play Beatles. Pilih saja acara mana yang kamu gemari!

Konsert Teaterikal Suara Kita

Suara-Kita-v2-800-pix

Konsep konsert yang berbeza dari yang biasa ditonton, gabungan lakonan dan nyanyian oleh tiga pelakon dan penyanyi hebat Awie, Ziana Zain dan Erra Fazira pastinya memukau penonton. Memilih untuk bawa penonton mengimbau episod kegemilangan filem Melayu seperti Merah, Sembilu, Tragedi Oktober dan Maria Mariana. Tonton pementasan muzikal selama 2 jam 30 minit ini di Panggung Sari Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Mac 3, 2014 hingga Mac 9, 2014. Harga tiket boleh didapati dari RM79 hingga RM499. Tiket boleh dibeli di www.ticket2u.biz.

The MPO Plays Beatles

The Beatles

The Beatles merupakan kumpulan muzik terkenal pada era 1960-an. Walaupun begitu, lagu-lagunya masih menjadi pilihan ramai generasi kini. Buat peminat kumpulan evergreen ini, ayuh ke konsert MPO Plays The Beatles di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur pada Mac 8, 2014 jam 8.30 malam dan Mac 9, 2014, jam 3 petang. Konsert ini bakal diterajui oleh Carl Davis, pemuzik terkenal. Harga tiket boleh didapati dari RM90 hingga RM220.

P/S: Festival Music Future Asia  bakal berlangsung pada Mac, 15, 2014. Maklumat lanjut selak halaman 153 (Cosmopolitan Malaysia, Isu Mac 2014)

XOXO,

Ain Mahthir, Editorial Assistant

School of Skindulgence

Indulgence untuk kulitmu, terus terbayangkan sesi memanjakan diri di spa. Tapi berapa kerap kamu berkesempatan nak lakukannya, apatah lagi memikirkan tentang bajet. Tapi kini, kamu boleh manjakan diri setiap hari dengan rangkaian mandian terbaru Dove. Ia ada teknologi NutriumMoisture yang dikatakan akan buat kulit kamu rasa lebih lembap dan sihat.

Untuk pastikan dirimu sentiasa didahulukan, apa kata sertai cabaran Dove School of Indulgence di facebook.com/mydovebodywash. Selepas kamu berikrar di situ, kamu kena capai tiga sasaran utama dalam masa 21 hari – membelai diri, pengambilan makanan yang betul dan kena kekal aktif. Dalam cabaran ini, kamu kena kongsikan sekurang-kurangnya satu gambar sehari menerusi hashtags Instagram (#skindulgence #betterthanmilk #eatright #stayactive). Keseluruhan, kamu kena ada sekurang-kurangnya 21 gambar (7 untuk setiap aktiviti). Tapi… lagi banyak gambar dengan hashtags di atas lagi bagus! Peluang lagi tinggi untuk menang!

Cabaran ini baru saja bermula 1 Mac lalu dna berakhir 30 April ini. Sempatlah kamu nak join.

Menariknya, setiap minggu Dove akan memilih seorang pemenang hamper sabuan mandian bernilai RM100. The grand prize? 10 pemenang akan dipilih untuk menikmati percutian hebat 3 hari 2 malam di Krabi, Thailand.

A holiday and a skindulgence session this month? Why not? Go ahead, cubalah..!

Sekitar majlis pelancaran sabun mandian Dove dengan NutriumMoisture.

Sekitar majlis pelancaran sabun mandian Dove dengan NutriumMoisture.

Antara aktiviti diadakan sempena pelancaran Dove School of Skindulgence Challenge

Antara aktiviti diadakan sempena pelancaran Dove School of Skindulgence Challenge

xoxo,

Anida, Features Editor

Oh my Chanel!

Image

Hey hey hey….

To truly die hard fans of Chanel out there! Jangan lepaskan peluang untuk memiliki CHANEL Backpack yang menjadi bualan hangat ini! Terdapat dalam dua saiz dan tiga rona berbeza, Chanel Backpack boleh di dapati di butik Chanel bermula 24 Februari hingga 8 Mac 2014. What are u waiting for?

Yours Truly

J.H (The Dep Ed)

 

Tagged , , , ,

Monki, Coming To Malaysia This Spring!

Image

 

Hey fashionista!

It’s a good news!. Satu lagi label pakaian popular yang dimiliki oleh H&M is coming soon to Malaysia. Ia bakal dibuka di kompleks beli-belah Nu Sentral, Kuala Lumpur. Sejak dilancarkan pada 2006, Monki cukup dikenali dengan koleksi pakaian street-chic dan original prints. Sehingga ke hari ini, 80 buah stor telah dibuka sepanjang Eropah, Jepun, Hong Kong dan China. Jadi buat mereka yang tak sabar nak tunggu kehadiran jenama hebat ini, pastikan kamu follow Monki’s official Facebook and Instagram pages (just click on it) 

I can’t wait! 🙂 

Your’s Truly

J.H (The Dep Ed) 

 

 

Tagged , , , ,
%d bloggers like this: